Iklan Pelik

Mereka yang pelik

Tuesday 2 August 2011

mengingati mereka yang telah pergi


Kepada pencinta haiwan yang haiwan kesayangannya telah kembali ke rahmatullah, di sini terdapat beberapa cara PELIK untuk mengingati haiwan kesayangan anda.

1.) Jadikannya sebagai bantal




Dalam bantal ni letakkan sebungkus plastik yang terdapat abu haiwan kesayangan anda yang telah meninggal dunia. Jadikan bantal itu sebagai bantal tido anda. Peluklah ia ibarat anda memeluk haiwan kesayangan anda.




2.) Jadikannya sebagai rantai




Bagi pemilik haiwan yang berbulu seperti kucing atau anjing, jadikanlah bulu haiwan kesayangan anda sebagai rantai. Pusing-pusing sekeliling rumah anda dan kumpulkanlah bulu-bulu mereka yang tertinggal. Sekiranya ada kesempatan, cukurlah sedikit bulu haiwan kesayangan anda sebelum ia dikebumikan.

Jadikan bulu-bulu itu seperti bola-bola kecil, dan gabungkan ia menjadi seutas rantai. Pakailah rantai itu setiap masa supaya anda dapat mengingati haiwan kesayangan anda yang telah pergi.




3.) Jadikannya sebagai baju




Hanya sekiranya haiwan kesayangan anda berbulu tebal. Jadikanlah bulu-bulunya itu sebagai coat atau baju sejuk anda. Gerenti anda akan gembira memakai baju itu.




4.) Jadikannya sebagai peluru




Isikan peluru anda dengan abu mayat haiwan kesayangan anda. AMARAN: menurut undang-undang di Malaysia haram menyimpan senjata api. Hukuman ialah 20 tahun penjara atau penjara seumur hidup.




5.) Jadikannya sebagai perhiasan




Antara banyak-banyak anggota di badan haiwan kesayangan anda, cariklah satu yang menarik untuk dijadikan loket. Hidung hanyalah satu cadangan. Kalau anda ada cadangan lain, buatlah.


6.) Jadikannya sebagai lukisan


Cara yang paling normal dan kurang pelik ialah jadikanlah haiwan kesayangan anda sebagai lukisan. Kalau anda tak pandai melukis, upahlah pelukis profesional untuk melukis haiwan kesayangan anda itu. (Takut kalau anda sendiri lukis, jadi haiwan lain pulak).


Kalau aku... ambik gambar dengan video diorang sudah. Pelik ke begitu??



2 comments:

Iklan Pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...