Iklan Pelik

Mereka yang pelik

Monday 14 November 2011

lampu pelik


Lampu Tidur


Anda rasa sunyi membaca seorang diri di dalam bilik di malam hari? Lampu tidur ini dapat menerangi anda, menemani anda serta memanaskan tempat tidur anda.


Lampu Kasut


Menarik kan? Ini bukan sebarang kasut... tali kasut itu juga bukan sebarang tali. Tali itu merupakan wayar lampu yang menyambungkannya ke soket elektrik.


Lampu Letak Buku


Lampu ini bukan sahaja menerangi anda ketika membaca, malah anda juga boleh meletakkan buku anda di atas lampu ini sementara anda ingin ke tandas.



Sunday 13 November 2011

mereka unik dan pelik


Pinggang Kecil


Anda rasa pinggang anda semua kecik? Jangan perasan! Cathie Jung mempunyai pinggang yang terkecik dengan ukurannya 15 inchi ataupun bersamaan dengan 38 cm. Cepattt... keluarkan pembaris anda dan ukurlah sendiri.


Kaki Panjang


Dia bukanlah tinggi sangat... tetapi kakinya cukup panjang dan unik. Tingginya hanyalah 196 cm (6 kaki 4 inchi)... tetapi kakinya yang terlebih panjang iaitu 132 cm (4 kaki 4 inchi). Saiz kakinya pula ialah 13(US) / 46(EU). Dia ialah Svetlana Pankratova. Pasti susah nak shopping kasut macam ni.


Lidah Panjang


Jom ukur lidah masing-masing. Berapa panjang lidah anda? Panjang lidah Annika Irmler ialah 2.7 inchi bersamaan dengan 7 cm.


Bulu Telinga Panjang


Pelik tapi benar! Radhakant Baijpai mempunya bulu telinga terpanjang iaitu sepanjang 10 inchi dan beliau telah berjaya mencatat rekod di Guinness World Record.



payung pelik


Sekarang kan musim hujan. Semua orang pun berebut-rebut nak beli payung. Bagi si pelik sekalian... anda mesti teruja nak mencari payung pelik.... kan?


1. Payung Samurai


Ini bukan pedang... tapi ini adalah payung samurai. Pasti anda akan kelihatan bergaya memegang payung ini... tentunya seperti seorang pahlawan!


2. Payung Selamat


Dengan menggunakan payung ini anda pasti selamat dan tidak akan basah walau sedikit pun. Ia juga nampak bergaya.


3. Payung Gergasi


Anda mahu payung anda yang paling besar? Payung gergasi ini pasti dapat mengalahkan kebesaran kesemua payung yang ada.



P/S: Sediakan payung sebelum hujan.


bila si pelik lapar


si pelik lapar... jom tengok makanan untuk si pelik... comel, kecil dan sedap! nyum3x...










Saturday 12 November 2011

anda berani?


satu update ringkas kerana terlalu letih melalui perjalanan selama 10 jam. Fuhhh....

hello si pelik sekalian... anda pelik! tetapi adakah anda cukup berani untuk menggunakan....

..............



..............



..............



..............




...............





AIR BAG PELIK!


Friday 11 November 2011

Guiness' Record yang pelik


1. Lari Berpagar 100m Dengan Menggunakan Kaki Itik


Mungkin nampak mudah sekiranya acara lari berpagar biasa. Tetapi sekiranya berlari dengan menggunakan kaki itik... ia menjadi pelik dan luar biasa sukarnya.

Namun Christopher Irmscher telah berjaya melakukannya dalam masa 14.82 saat, di Germany pada 13 September 2008. Hebat bukan... kalau si normal berjalan menggunakan kaki itik pun sudah terjatuh-jatuh, ini kan pula lari berpagar.



2. Memanah 10 Anak Panah Terpantas


Lelaki pelik dari Spain ini telah berjaya mencipta rekod apabila dapat mencatat masa terpantas memanah 10 anak panah dalam masa 1 minit 7 saat. Beliau telah mencipta rekod ini di dalam rancangan El show de los record di Madrid pada 4 Jun 2006.


3. Padam Api Obor 30 Saat


Tiup lilin... senang je! Tiup obor... macam mana? Hubertus Wawra dari Germany ini telah berjaya memadamkan 39 obor dalam masa 30 saat dengan menggunakan mulutnya sahaja. Rekod ini tercipta pada 21 Februari 2011 di Mumbai, India.


4. Tiup Belon Guna Hidung


Percaya atau tidak... ini memang pelik. Andrew Dahl dari USA telah meniup 23 belon dalam masa 3 minit dengan menggunakan hidungnya. Rekod ini dicipta di dalam rancangan Lo Show dei Record di Rome, Italy pada 18 Mac 2010. Pelik bukan?


5. Pecahkan Tempat Duduk Tandas Dengan Kepala

Si pelik yang bernama Kevin Shelley dari USA ini telah mencatat rekod dengan memecahkan sebanyak 46 tempat duduk tandas dalam masa seminit. Rekod si pelik ini telah tercipta pada 1 September 2007 di Cologne , Germany. Mungkin bukan dia yang pelik, tetapi kepala dia.

Wednesday 9 November 2011

bila juruterbang pelik


Bila juruterbang adalah seorang yang pelik, cara mendarat pun mestilah luar biasa, unik dan pelik.




















Tuesday 8 November 2011

pelekat yang pelik


Hello si pelik sekalian. Ni ada beberapa pelekat yang menarik untuk anda, si pelik!


Pelekat Jam Besar


Ini bukan sebarang pelekat. Ini adalah jam yang betul. Sekiranya anda inginkan jam yang besar di dalam bilik atau rumah anda, tetapi anda hanya mempunyai ruang yang sangat terhad... Jangan bersedih dan kecewa. Anda hanya perlu menyediakan dinding sahaja.



Pelekat Tandas


Tampalkan pelekat ini di dalam tandas dan bilik mandi anda. Serta merta ia akan menjadikan tandas dan bilik mandi anda unik dan menarik serta pelik! Anda juga pasti akan semakin rajin mandi dan menggunakan tandas selepas itu.



Pelekat Garaj


Inginkan kelainan pada garaj rumah anda? Tampalkan pelekat 3D ini di depan pintu garaj. Pasti jiran-jiran anda akan cemburu melihat anda mampu mempunyai kapal terbang dan kereta kebal di dalam garaj anda.



Pelekat Anti-Pencuri


Anda risau kereta baru anda menarik perhatian pencuri? Tampalkan pelekat ini pada kereta baru kesayangan anda... kereta anda akan turun nilainya di mata pencuri. Tapi kenyataannya anda perlu bersyukur.



Pelekat Cermin


Amat bergaya bila si pelik menggunakannya sebagai salah satu dekorasi dalaman rumah.



Pelekat Lampu Chandelier


Siapa kata lampu chandelier itu mahal? Anda anda si pelik pasti mampu memilikinya walaupun hanya dengan sebuah lampu mentol.



Friday 4 November 2011

indah khabar dari rupa


Pernah tak korang tengok iklan yang cam best.... tapi bila tengok sendiri realitinya terus rasa sakit hati sebab dah percaya bulat-bulat kat iklan tu.


Jom tengok antara iklan yang cam best! tapi realitinya.....


IKLAN: pantai yang indah semestinya menjanjikan ketenangan kepada para pengunjung....


TAPI REALITINYA....




IKLAN: Lebih cip coklat... Kini anda akan dapat lebih cip coklat


TAPI REALITINYA....



IKLAN: Buffet... semua anda boleh makan. bayar murah, makan banyak..


TAPI REALITINYA....




IKLAN: Kolam renang di depan rumah? Tentu sekali!! Anda pasti akan menggembirakan anak-anak anda.


TAPI REALITINYA....




IKLAN: Awek cun la... phewwiit....


TAPI REALITINYA....




Iklan Pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...