Iklan Pelik

Mereka yang pelik

Tuesday 1 November 2011

bungkus barang pelik


kalau anda pergi giant, mydin, tesco... apa yang akan anda beli selain barang-barang yang ada dalam senarai yang anda bawa dari rumah??? si pelik biasanya tidak akan membawa senarai barang ketika membeli belah. Tetapi si pelik akan mengambil barang-barang mengikut sedap hatinya sahaja.


Si pelik akan tertarik dengan barang-barang yang dibungkus dengan cara yang unik, ganjil, menarik dan PELIK.


Berikut adalah barang-barang yang akan ada dalam troli shopping si pelik.


Spaghetti berbentuk menara


Bukan kerana si pelik teringin makan spaghetti, tetapi si pelik membelinya kerana bentuknya yang seperti menara.



CD movie, lagu, game


Pecahkan dahulu kotak cd tersebut, barulah anda akan dapat cd yang diinginkan. Si pelik pasti akan membelinya walaupun cd tersebut tidak laku di pasaran.



Rokok Keranda


Mungkin anda bukan seorang perokok. Tapi anda boleh menghadiahkan kepada rakan-rakan anda dengan rokok yang diletakkan di dalam kotak keranda ini. Ada kemungkinan rakan anda akan terus berhenti merokok dan ada kemungkinan juga rakan anda akan menyimpannya sahaja. Si pelik tentunya!


Roti Rambut


Si pelik lapar??? Menarik bukan sekiranya dapat makan rambut yang besar seperti ini. Ya... tentunya anda boleh makan rambut tersebut kerana ia merupakan sebiji roti.



Daging Seluar


Ini memang pelik! Si pelik akan membeli daging yang kelihatan seperti seluar. Sekiranya anda rasa ia cool dan menarik, anda memang pelik!



Benang Bulu


Ini bukan benang bulu biasa. Ini adalah benang yang dibungkus khas untuk menarik minat si pelik-si pelik sekalian.




P/S: Lihat sahaja ke dalam troli shopping anda. Adakah anda membeli barang-barang tersebut kerana anda benar-benar memerlukannya atau kerana anda tertarik dengan cara bungkusannya??? Fikir-fikirkan si pelik sekalian.

1 comment:

Iklan Pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...