Iklan Pelik

Mereka yang pelik

Thursday 4 August 2011

idea kreatif guna semula karton telur


Sambil berblogging, aku nak ingatkan anda semua tentang kempen sayangi alam sekitar. Kempen 3R di rumah, iaitu Kurangkan (Reduce), Kitar Semula (Recycle) dan Guna Semula (Reuse).

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mesti anda semua dah mula sibuk nak buat kuih raya kan. Yang menerima tempahan kuih raya tu mesti lagi sibuk. Dan mulalah anda memborong telur berkarton-karton banyaknya.

So, daripada karton telur itu dibazirkan begitu sahaja, apa kata anda cuba idea kreatif ini dengan mengguna semula karton telur anda.



Anda boleh menjadikan karton-karton telur yang banyak sebagai rumah. Susun dan gabungkan ia seperti lego dan bentuklah ia menjadi sebuah rumah. Di Australia based studio Goldenhen, telah tercipta rumah dari karton telur ini. Rumah itu dipanggil "The Original Dream".




Selain itu, anda jugak boleh menjadikan karton telur yang tidak digunakan sebagai tempat untuk melukis. Hasil karya anda tentu akan lebih cantik dan berseni. Kalau tak percaya silalah mencuba. Dan apa yang penting, anda dapat berjimat dari membeli kertas lukisan.




Sangat kreatif dengan menjadikan karton telur sebagai lampu hiasan. Idea kreatif ini asalnya tercipta dari otak kreatif Federico Otero. Untuk menambahkan seri dan kecantikan lampu ini, anda bolehlah mewarnakanya dengan warna kegemaran anda.




Inginkan perabot baru sempena hari raya yang akan datang, apa kata anda buat sendiri meja dengan menggunakan karton-karton telur. Haaa... anda juga boleh tanam pokok di atas meja anda. Hanya gunakan karton telur, tepung penampal, tanah dan benih.




Ini pun salah satu perabot yang boleh dihasilkan sendiri. Bak kata orang putih, DIY (Do it yourself). Hasilkanlah sofa daripada karton telur. Tapi agak mustahil untuk anda duduk di atas sofa baru itu tanpa memecahkan telur-telurnya.




Benda-benda kreatif terhasil dari idea-idea yang pelik.


No comments:

Post a Comment

Iklan Pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...