Iklan Pelik

Mereka yang pelik

Sunday, 21 August 2011

Si pelik fobia


Kat dalam dunia ni ada macam-macam jenis fobia. Fobia tempat tinggi lah, fobia air lah, fobia tempat gelap lah... Tapi antara banyak-banyak ni, ada beberapa fobia yang agak pelik untuk didengar dan dirasai. Jom tengok...




ARACHIBUTYROPHOBIA : Fobia mentega kacang melekat di lelangit


Anda pernah mengalami rasa takut mentega kacang melekat-lekat di lelangit mulut anda? Jika ye, sila risau. Anda sedang menghidap masalah arachibutyrophobia.



TRICHOPHOBIA: Fobia kehilangan rambut


Si pelik yang mengalami fobia ini akan merasa takut apabila melihat rambut-rambut yang berguguran di bajunya atau di lantai rumahnya. Mereka yang menghidap trichophobia ini disarankan supaya tidak makan maggie.



SCOPOPHOBIA: Fobia dilihat oleh orang lain


Mereka yang mengalami fobia ini akan sentiasa mengelakkan diri mereka dari tempat-tempat yang ramai orang contohnya seperti di pasar atau kompleks membeli belah. Ini disebabkan mereka sering merasa ada sahaja orang yang sedang merenung dan memerhatikan mereka. Perasaan ini akan membuatkan mereka berasa takut. Nak kata mereka ni perasan boleh tak?



NOMOPHOBIA: Fobia tak de telefon


Bila anda resah gelisah tanpa telefon walaupun dalam masa seminit, anda mungkin menghidap nomophobia. Anda akan berasa takut bila telefon anda tiada liputan, kehabisan bateri, rosak atau kehabisan kredit. Perasaan ini akan menjadikan anda berasa sangat panik. Anda adalah "Nomophobia". Rasanya ramai orang zaman sekarang ada fobia ni.



TRISKAIDEKAPHOBIA: Fobia dengan nombor 13


Anda sentiasa mengelak dari nombor 13. Kalau dalam kelas, anda akan belajar bersungguh-sungguh supaya anda tidak mendapat nombor 13. Ini tandanya anda adalah penghidap triskaidekaphobia. Antara salah seorang penghidap fobia ini ialah Adolf Hitler. Di negara Jepun, China dan Korea, kebanyakkan mereka mengalami tetraphobia iaitu fobia dengan nombor 4.



P/S: Anda pulak fobia dengan apa?


4 comments:

  1. hohohohho
    macam2 fobia kan dkt dunia nih
    aku kadang2 telephonophobia

    Jom Sign Up Online Survey Ini Dan Tebus Hadiah Anda

    ReplyDelete
  2. fobia mentega kacang...hikhik...;d

    ReplyDelete
  3. 1st time dgr yg mentega kacang tuh...hahaha

    ReplyDelete
  4. ya aku ada TRISKAIDEKAPHOBIA dgn no 13.. aerrhh jangan no 13

    ReplyDelete

Iklan Pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...