Iklan Pelik

Mereka yang pelik

Showing posts with label idea pelik. Show all posts
Showing posts with label idea pelik. Show all posts

Tuesday, 8 November 2011

pelekat yang pelik


Hello si pelik sekalian. Ni ada beberapa pelekat yang menarik untuk anda, si pelik!


Pelekat Jam Besar


Ini bukan sebarang pelekat. Ini adalah jam yang betul. Sekiranya anda inginkan jam yang besar di dalam bilik atau rumah anda, tetapi anda hanya mempunyai ruang yang sangat terhad... Jangan bersedih dan kecewa. Anda hanya perlu menyediakan dinding sahaja.



Pelekat Tandas


Tampalkan pelekat ini di dalam tandas dan bilik mandi anda. Serta merta ia akan menjadikan tandas dan bilik mandi anda unik dan menarik serta pelik! Anda juga pasti akan semakin rajin mandi dan menggunakan tandas selepas itu.



Pelekat Garaj


Inginkan kelainan pada garaj rumah anda? Tampalkan pelekat 3D ini di depan pintu garaj. Pasti jiran-jiran anda akan cemburu melihat anda mampu mempunyai kapal terbang dan kereta kebal di dalam garaj anda.



Pelekat Anti-Pencuri


Anda risau kereta baru anda menarik perhatian pencuri? Tampalkan pelekat ini pada kereta baru kesayangan anda... kereta anda akan turun nilainya di mata pencuri. Tapi kenyataannya anda perlu bersyukur.



Pelekat Cermin


Amat bergaya bila si pelik menggunakannya sebagai salah satu dekorasi dalaman rumah.



Pelekat Lampu Chandelier


Siapa kata lampu chandelier itu mahal? Anda anda si pelik pasti mampu memilikinya walaupun hanya dengan sebuah lampu mentol.



Saturday, 20 August 2011

Tips berhadapan dengan anjing


Terdapat beberapa perkara yang tidak akan membantu anda sekiranya anda diserang anjing. Anda amatlah digalakkan supaya tidak melakukan aksi ini.


BERHENTI!! JATUH!! BERGULING!!!


Sekiranya anda fikir melawan anjing sama seperti melawan api, anda telah tersilap besar!! Anjing  Api.



MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT SERTA KUTUKAN


Jangan pernah sekali anda mengata, mengutuk, mengumpat dan mencarut dihadapan seekor anjing. Perbuatan anda itu akan menaikkan kemarahan mereka.



MENANGIS


Anda rasa anjing akan bersimpati dengan anda apabila melihat anda menangis?? Jawapannya ye, sekiranya air mata anda rasanya sedap. Kalau tak sedap, anda hanya mencari nahas.



BERMANJA-MANJA DAN BERAMAH MESRA


Saintis telah membuktikan bahawa anjing adalah seekor haiwan yang homophobic. Oleh itu, sekiranya anjing mengesan anda cuba ingin bermanja-manja dan beramah mesra dengannya sedangkan anda mempunyai jantina yang sama.... bersiap sedialah. Anda akan terima akibatnya.



Last but not least




MEMASANG LAGU BAHA MEN


Anda fikir anjing suka dengar lagu ini?? Cubalah sendiri....


Sunday, 14 August 2011

mari membuat "Lava Lamp"


Kali ini anda akan mempelajari cara membuat "Lava Lamp" sendiri dengan mudah, murah dan menyeronokkan. Tak percaya?? Jom baca dan selamat mencuba.




Pertama sekali, anda memerlukan:

  • sebuah botol yang kosong dan jernih
  • 3/4 cawan air
  • minyak masak
  • panadol soluble
  • pewarna makanan

Langkah pertama ialah, anda perlu mengisikan 3/4 cawan air ke dalam botol. 




Kemudian, penuhkan botol tersebut dengan minyak. Dan biarkan seketika supaya minyak dan air terpisah.




Selepas itu, masukkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam botol tersebut. Anda boleh menggunakan sebarang warna mengikut citarasa anda.





Apabila anda telah bersedia, masukkan beberapa biji panadol soluble ke dalam botol tersebut. Dan lihatlah hasil "Lava Lamp" anda.







TAHNIAH! Anda telah berjaya membuat "Lava Lamp" sendiri dengan cara yang paling mudah, murah dan menyeronokkan.




P/S: Anda boleh cuba dengan menggunakan pelbagai warna dan juga pelbagai bentuk botol. Selamat mencuba!


Friday, 5 August 2011

idea kreatif guna semula beg plastik


Pernahkah anda kira berapa banyak beg plastik yang anda gunakan setiap hari? Di pasaraya-pasaraya terkemuka dah pun membuat kempen hari tanpa beg plastik. Tapi kebanyakannya hanya dijalankan pada hari-hari tertentu sahaja. Bagaimana pula jika anda membeli belah di bazaar Ramadhan. Berapa banyak beg plastik yang digunakan?

Daripada anda membuang beg plastik begitu sahaja, ada baiknya anda guna semula beg plastik tersebut. Di sini terdapat beberapa idea kreatif untuk guna semula beg plastik yang berlambak di rumah anda. Selamat mencuba.



Ayam pelik ini boleh dibuat dari gabungan beg plastik yang berwarna warni. Menarik kan? Jangan risau ayam ini tidak akan berkokok di pagi hari.




Pelik tetapi menarik!! Beg plastik boleh dicantum-cantum dan membentuk baju. Kalau anda lebih kreatif dan ingin menjadi pelik, cubalah hasilkan baju raya anda tahun ini dengan menggunakan beg plastik.




Lihat perabot di rumah anda. Bagi perabot-perabot yang sudah suram dan lama, kembalikan keceriannya dengan membalut ia dengan beg plastik yang telah digubah mengikut kreativiti anda. Tentu saudara-mara yang datang beraya ke rumah anda nanti memuji-muji perabot anda.





Anda juga boleh menghasilkan topi, kasut serta beg tangan dengan menggunakan beg plastik. Menarik, bergaya dan PELIK!




Seekor beruang juga boleh dihasilkan dari gabungan beg-beg plastik. Letakkan sahaja beruang ini di depan rumah anda untuk menunjukkan kepada jiran-jiran yang anda adalah seorang yang pelik.



Last but not least....



Lindungilah penyu-penyu di negara kita.



Iklan Pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...