Iklan Pelik

Mereka yang pelik

Sunday 14 August 2011

mari membuat "Lava Lamp"


Kali ini anda akan mempelajari cara membuat "Lava Lamp" sendiri dengan mudah, murah dan menyeronokkan. Tak percaya?? Jom baca dan selamat mencuba.




Pertama sekali, anda memerlukan:

  • sebuah botol yang kosong dan jernih
  • 3/4 cawan air
  • minyak masak
  • panadol soluble
  • pewarna makanan

Langkah pertama ialah, anda perlu mengisikan 3/4 cawan air ke dalam botol. 




Kemudian, penuhkan botol tersebut dengan minyak. Dan biarkan seketika supaya minyak dan air terpisah.




Selepas itu, masukkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam botol tersebut. Anda boleh menggunakan sebarang warna mengikut citarasa anda.





Apabila anda telah bersedia, masukkan beberapa biji panadol soluble ke dalam botol tersebut. Dan lihatlah hasil "Lava Lamp" anda.







TAHNIAH! Anda telah berjaya membuat "Lava Lamp" sendiri dengan cara yang paling mudah, murah dan menyeronokkan.




P/S: Anda boleh cuba dengan menggunakan pelbagai warna dan juga pelbagai bentuk botol. Selamat mencuba!


5 comments:

  1. wahh.. menarik.. lepas niyh tak payah nak membazir duit beli mahal-mahalkan.. buat sendiri pun boleh... hehe

    ReplyDelete
  2. apesal macam penah terai.

    tp xmahu jadi jugak ea?

    ReplyDelete
  3. ouhhhhhh nice lah, nak cube la nanti :)

    ReplyDelete
  4. @momoe love: yup2... memang jimat n seronok pulak tu.

    @masyi: nice!!!

    @dia.kata: cuba buat lagi... try tambah panadol lebih sikit supaya gas-gas tu banyak.

    @sumaiyah mokhtar: selamat mencuba... :)

    ReplyDelete

Iklan Pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...