Iklan Pelik

Mereka yang pelik

Friday 5 August 2011

idea kreatif guna semula beg plastik


Pernahkah anda kira berapa banyak beg plastik yang anda gunakan setiap hari? Di pasaraya-pasaraya terkemuka dah pun membuat kempen hari tanpa beg plastik. Tapi kebanyakannya hanya dijalankan pada hari-hari tertentu sahaja. Bagaimana pula jika anda membeli belah di bazaar Ramadhan. Berapa banyak beg plastik yang digunakan?

Daripada anda membuang beg plastik begitu sahaja, ada baiknya anda guna semula beg plastik tersebut. Di sini terdapat beberapa idea kreatif untuk guna semula beg plastik yang berlambak di rumah anda. Selamat mencuba.



Ayam pelik ini boleh dibuat dari gabungan beg plastik yang berwarna warni. Menarik kan? Jangan risau ayam ini tidak akan berkokok di pagi hari.




Pelik tetapi menarik!! Beg plastik boleh dicantum-cantum dan membentuk baju. Kalau anda lebih kreatif dan ingin menjadi pelik, cubalah hasilkan baju raya anda tahun ini dengan menggunakan beg plastik.




Lihat perabot di rumah anda. Bagi perabot-perabot yang sudah suram dan lama, kembalikan keceriannya dengan membalut ia dengan beg plastik yang telah digubah mengikut kreativiti anda. Tentu saudara-mara yang datang beraya ke rumah anda nanti memuji-muji perabot anda.





Anda juga boleh menghasilkan topi, kasut serta beg tangan dengan menggunakan beg plastik. Menarik, bergaya dan PELIK!




Seekor beruang juga boleh dihasilkan dari gabungan beg-beg plastik. Letakkan sahaja beruang ini di depan rumah anda untuk menunjukkan kepada jiran-jiran yang anda adalah seorang yang pelik.



Last but not least....



Lindungilah penyu-penyu di negara kita.



5 comments:

  1. @hafizah hairi: terima kasih... jom guna semula beg plastik. :)

    ReplyDelete
  2. wow kreatif lerr... bleh copy nih.. drp dok sajo kt umah bleh lerr buat... cari duit lebih.. hahahah...

    ReplyDelete
  3. hebat... penjimatan yg ekstrem

    ReplyDelete
  4. @azlanmatt: yup2.. boleh buat duit raye.

    @ainsha: hehee... kumpul plastik beg, jangan buang-buang...

    ReplyDelete

Iklan Pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...