Iklan Pelik

Mereka yang pelik

Saturday 27 August 2011

tali leher pelik


Tali leher atau dalam bahasa orang putihnya tie, digunakan untuk menambahkan ke-formal-an seseorang. Tapi kalau si pelik pakai tie dah tak nampak formal pun.

Jom tengok tali leher pelik-pelik.





TALI LEHER TEKA SILANG KATA



Sambil-sambil tunggu giliran untuk masuk bilik interview, bolehlah si pelik mengisi masa dengan jawab teka silang kata yang ada kat tali leher ni.




TALI LEHER MAKANAN


Disyorkan pakai tali leher ni masa nak interview kerja kat kedai makan. 



TALI LEHER KEYBOARD


Orang rasa ini pelik?? Tapi aku rasa ini sangat cool.



TALI LEHER AIS KRIM


BERHATI-HATI! Mungkin akan ada kanak-kanak yang akan menarik tali leher anda ini sekuat hati.



TALI LEHER GAME

 

Okeh... kami taw anda giler dengan game-game ini.




P/S: Maaf zahir dan batin kerana sudah lama tidak mengupdate blog atas sebab masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.


Monday 22 August 2011

patung pelik dan menakutkan


Jom tengok patung-patung pelik dan menakutkan yang ada kat bumi ni. Anda tidak disyorkan untuk membeli patung ini untuk anak-anak atau adik-adik anda yang masih di bawah umur.











P/S: Okehh... terima kasih!!! Dah rasa takot...


Sunday 21 August 2011

Si pelik fobia


Kat dalam dunia ni ada macam-macam jenis fobia. Fobia tempat tinggi lah, fobia air lah, fobia tempat gelap lah... Tapi antara banyak-banyak ni, ada beberapa fobia yang agak pelik untuk didengar dan dirasai. Jom tengok...




ARACHIBUTYROPHOBIA : Fobia mentega kacang melekat di lelangit


Anda pernah mengalami rasa takut mentega kacang melekat-lekat di lelangit mulut anda? Jika ye, sila risau. Anda sedang menghidap masalah arachibutyrophobia.



TRICHOPHOBIA: Fobia kehilangan rambut


Si pelik yang mengalami fobia ini akan merasa takut apabila melihat rambut-rambut yang berguguran di bajunya atau di lantai rumahnya. Mereka yang menghidap trichophobia ini disarankan supaya tidak makan maggie.



SCOPOPHOBIA: Fobia dilihat oleh orang lain


Mereka yang mengalami fobia ini akan sentiasa mengelakkan diri mereka dari tempat-tempat yang ramai orang contohnya seperti di pasar atau kompleks membeli belah. Ini disebabkan mereka sering merasa ada sahaja orang yang sedang merenung dan memerhatikan mereka. Perasaan ini akan membuatkan mereka berasa takut. Nak kata mereka ni perasan boleh tak?



NOMOPHOBIA: Fobia tak de telefon


Bila anda resah gelisah tanpa telefon walaupun dalam masa seminit, anda mungkin menghidap nomophobia. Anda akan berasa takut bila telefon anda tiada liputan, kehabisan bateri, rosak atau kehabisan kredit. Perasaan ini akan menjadikan anda berasa sangat panik. Anda adalah "Nomophobia". Rasanya ramai orang zaman sekarang ada fobia ni.



TRISKAIDEKAPHOBIA: Fobia dengan nombor 13


Anda sentiasa mengelak dari nombor 13. Kalau dalam kelas, anda akan belajar bersungguh-sungguh supaya anda tidak mendapat nombor 13. Ini tandanya anda adalah penghidap triskaidekaphobia. Antara salah seorang penghidap fobia ini ialah Adolf Hitler. Di negara Jepun, China dan Korea, kebanyakkan mereka mengalami tetraphobia iaitu fobia dengan nombor 4.



P/S: Anda pulak fobia dengan apa?


Saturday 20 August 2011

Tips berhadapan dengan anjing


Terdapat beberapa perkara yang tidak akan membantu anda sekiranya anda diserang anjing. Anda amatlah digalakkan supaya tidak melakukan aksi ini.


BERHENTI!! JATUH!! BERGULING!!!


Sekiranya anda fikir melawan anjing sama seperti melawan api, anda telah tersilap besar!! Anjing  Api.



MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT SERTA KUTUKAN


Jangan pernah sekali anda mengata, mengutuk, mengumpat dan mencarut dihadapan seekor anjing. Perbuatan anda itu akan menaikkan kemarahan mereka.



MENANGIS


Anda rasa anjing akan bersimpati dengan anda apabila melihat anda menangis?? Jawapannya ye, sekiranya air mata anda rasanya sedap. Kalau tak sedap, anda hanya mencari nahas.



BERMANJA-MANJA DAN BERAMAH MESRA


Saintis telah membuktikan bahawa anjing adalah seekor haiwan yang homophobic. Oleh itu, sekiranya anjing mengesan anda cuba ingin bermanja-manja dan beramah mesra dengannya sedangkan anda mempunyai jantina yang sama.... bersiap sedialah. Anda akan terima akibatnya.



Last but not least




MEMASANG LAGU BAHA MEN


Anda fikir anjing suka dengar lagu ini?? Cubalah sendiri....


BLOG PILIHAN SAYA IALAH


Dalam fikiran mula-mula rasa, join segmen ni senang je. Tapi bila dah join baru taw, rupa-rupanya susah jugak. Apa pun ini adalah segmen pertama yang blog ini join. Harap aku telah berikan yang terbaik.




Ini sambungan dari segmen Ben Ashaari yang lepas. So, siapakah blog pilihan aku?? Jom tengok. Tahniah pada mereka yang menjadi pilihan, anda dipilih kerana blog anda memang terbaik.




Aku memang follow blog ni. Banyak bicaranya yang menarik hati. Blog dia ni simple je, tak berat nak loading. (Mekasih lah bebanyak, jimat masa aku). Lagi satu yang specialnya blog ni ialah URL nya sangatlah unik dan senang diingat. Tambah-tambah aku memang suka makan taugeh.



Sejuk je hati tengok blog ni. Bunga pink yang menghiasi blog ni jadi salah satu tarikan untuk aku memilihnya. Blog yang berkongsi banyak pengetahuan islamik ni memang sesuai sangat dibaca masa bulan puasa ni. Selain tambah pahala, tambah jugak pengetahuan. Terima kasih Cikgu Fad kerana secara langsung mengajar kami.



Sekali lagi, URL yang sangat mudah dan senang nak disebut jadi pilihan aku. UBI BADOK memang sedap dimakan panas-panas. Setiap kali masuk blog orang, aku akan baca profil dia dulu. Profil H.J ni memang menarik. Mengomen pasal post-post nya pulak cuma dua sahaja, santai dan bersahaja.



Pink gitu... sweet dan girly. Putri menjadi pilihan sebab putri telah memilih blog ini. Hehehe... ingat senang ke orang nak pilih blog kita berserta komen yang jujur. Bangga dan terharu taw!!! Okehh... tu cuma satu sebab. Sebab lain putri menjadi blog pilihan ialah sebab post-post putri banyak yang menarik hati. Segala perkongsian tips-tips dan cerita-cerita di blog putri amat menarik. Tahniah putri sebab berjaya buat doodle. Nanti bolehlah ajar!



Haruslah pilih blog ni sebab backgroud blog kita sama.  Blog yang simple dan menarik. Bila baca-baca blog ni baru taw dia ni peminat Zack Zukhairi dan segmen Ben Ashaari. Lama dah kan ZackZukhairi tak update blog dia.



Blog yang sangat comel! Tambah sweet dan romantik dengan kehadiran header gambar anda berdua. Semua post seronok dibaca. Perkongsian cerita yang menarik. Dan yang paling bestnya blog ni ada tempat download movie. Oyeah!! Anda memang terbaik.



WOW! Besarnya kepala dia ni. Rambut warna blonde lagi tu. Okeh.. terus tertarik dan jadikan blog pilihan. Seronok baca blog ni sebab post nya pendek-pendek saja tapi menarik untuk dibaca. Semua tentang kehidupannya.



Ini blog Datok Kaled. Tapi percayalah dia tak kawen dengan siti nurhaliza. Blog ni menjadi pilihan sebab ianya simple sahaja dan setiap susunan menarik. Pasal post yang ada kat blog ni pulak, semuanya menarik kerana genre-nya pelbagai. Ada tips, ada cerita, ada pandangan, ada kenangan peribadi dan ada Lisa Surihani.



Blog Mama menjadi pilihan sebagai tanda penghargaan kerana Mama selalu singgah di blog ini. Mama ni memang rajin blogwalking. Dari segi hiasan blog, Mama memang simple je. So tak berat nak loading blog ni. Mengenai post-post pulak, macam-macam ada. Makanan pun ada!



Blog ni simple dan gaya penulisan menarik. Si penulis yang berasal dari Seremban ni pun cute orangnya. Setiap penulisan ZZ ni atas pandangan dia sendiri. Seronok bila membaca setiap post yang ada. Maka dia adalah pelengkap kepada 10 blog pilihan saya.



Selamat berkenalan pada semua blogger. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi menjenggah, menyinggah, melawat dan memilih blog ini. Penghargaan yang tak terhingga kepada anda semua.


Friday 19 August 2011

BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA


Segmen? Ni first time aku join segmen. Selamat berkenalan dengan segmen bersama Ben Ashaari. Klik pada gambar kalau anda pon nak join.


aiskrim pelik


Bila panas, bila haus dan bila puasa... mulalah terasa nak makan aiskrim kan? Kat dunia ni, rupa-rupanya ada beberapa aiskrim pelik yang tak boleh dimakan.

Jom tengok aiskrim pelik-pelik.



Jangan risau. Aiskrim lampu ini tak akan cair di atas kepala anda. 





Jangan mudah tertipu dengan mata kasar! Aiskrim ini nampak saja sedap. Tapi sayangnya ia tidak boleh dimakan. Ini lah aiskrim radio.




Gunalah cawan aiskrim. Segala minuman akan terasa sejuk dan menyegarkan. Kalau anda hidang air panas dalam cawan ni lagi bagus.





Ini pulak aiskrim untuk kanak-kanak pelik. Pen yang berbentuk aiskrim ini sesuai untuk kanak-kanak pencinta aiskrim. Tapi jangan sampai sendiri termakan pen ini pulak.




Amat menarik bila kedai menjual aiskrim menggunakan meja berbentuk aiskrim ini.




Ini sudu aiskrim! bukannya aiskrim. Awasi anak-anak anda ketika mereka menggunakannya. Sangat bahaya!





Si pelik yang gilakan aiskrim memang sesuai memakai topi aiskrim dan baju aiskrim ini. Kalau bertuah, mereka akan ditawarkan bekerja sebagai penjual aiskrim. 


P/S: tetiba terasa nak makan aiskrim mcD. sedapnya...


Dia tak kan ada pakwe



Sambungan dari post sebelum ni, kali ni versi untuk perempuan pulak. 

Anda tengok dia pelik! Anda rasa dia pelik! Dan anda terus kata "DIA TAK KAN ADA PAKWE". Tapi adakah anda pasti???

Jom tengok si pelik yang tak kan ada pakwe....


Emma Watson




Rebecca Black





Kristen Stewart




Itik Hodoh




Justin Bieber




Jennifer Garner




Selena Gomez




Marge Simpson




Taylor Swift




Forever Alone




Si Pengumpat




Forever Alone




Anda





P/S: Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. (Ada kaitan ke?? pelik.. pelik...)


Thursday 18 August 2011

Dia tak kan ada awek


Anda tengok dia pelik! Anda rasa dia pelik! Dan anda terus kata "DIA TAK KAN ADA AWEK". Tapi adakah anda pasti???

Jom tengok si pelik yang tak kan ada awek....


GEORGE CLOONEY




PETE WENTZ




MICHAEL JACKSON




TIGER




NEIL PATRICK HARRIS




DANIEL RADCLIFFE




GEOFFREY AREND




JAKE GYLLENHAAL




RUSSEL BRAND




JUSTIN BIEBER




MARIO




P/S: Jangan mengata orang sambil makan.


Iklan Pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...