Iklan Pelik

Mereka yang pelik

Thursday 4 August 2011

tempat tinggal yang pelik


Kebanyakan orang biasa seperti aku mengimpikan untuk tinggal di rumah yang selesa, besar, luas dan cantik. Biasa saja kalau tinggal di rumah banglo, berkembar, teres, kondominium, apartment, flat atau setinggan.

Berbeza dengan si pelik, mereka mahu tinggal di tempat yang luar biasa, aneh, ganjil dan PELIK.



rumah berjalan

Ini adalah rumah si pelik yang masih mengamalkan cara hidup bernomad. Rumah ini boleh berjalan dan secara langsung memudahkan si pelik untuk berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Ia memperoleh tenaga elektrik dari tenaga solar yang diserap dan ia juga mempunyai sebuah kincir angin kecik. Rumah ini juga dilengkapi dengan sistem mengumpul air hujan.




Rumah yang mempunyai reka bentuk tangki air. Nak buat macam mana kalau dah itu rumah idaman dia.




Rumah ini direka oleh seorang arkitek yang bernama Max Pritchard. Ia adalah rumah jambatan dan dihiasi dengan pemandangan hijau disekeliling rumah. Bagi pencinta alam semula jadi mesti teringin nak duduk rumah ni kan.




Tinggal di dalam kapal terbang merupakan pengalaman yang agak menarik. Inilah yang ditawarkan oleh Hotel Costa Verde yang terletak berdekatan Quepos, Costa Rica. 




Si pelik yang bernama Klaudiusz Golos and Sebastion Mikuciuk telah mencipta rumah yang terbalik bagi tujuan pameran semata-mata di Trassenheide, Germany. Kalau anda boleh tinggal di rumah terbalik ni memang anda adalah super duper pelik!!



Tiba-tiba teringin nak ada rumah nenas macam Spongebob.


5 comments:

  1. penuh benda pelik blog nih. hehe.

    salam ramadhan ^^

    ReplyDelete
  2. @shaliza khairi: itu dan ini pelik... memang itu blog kami.

    selamat berpuasa... :)

    ReplyDelete
  3. ingtkan ade org duduk umah trbalik tu..kalu duk situ brtambah pelik..hehe.. =)

    ReplyDelete
  4. @princess nusy: hehehehe... yang super duper pelik je yang boleh duduk kat rumah trbalik tu. tak dapat nak dibayangkan..

    ReplyDelete
  5. antara byk2 rumah, ak nak rumah nenas gak la!haha

    ReplyDelete

Iklan Pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...