Iklan Pelik

Mereka yang pelik

Saturday 20 August 2011

BLOG PILIHAN SAYA IALAH


Dalam fikiran mula-mula rasa, join segmen ni senang je. Tapi bila dah join baru taw, rupa-rupanya susah jugak. Apa pun ini adalah segmen pertama yang blog ini join. Harap aku telah berikan yang terbaik.




Ini sambungan dari segmen Ben Ashaari yang lepas. So, siapakah blog pilihan aku?? Jom tengok. Tahniah pada mereka yang menjadi pilihan, anda dipilih kerana blog anda memang terbaik.




Aku memang follow blog ni. Banyak bicaranya yang menarik hati. Blog dia ni simple je, tak berat nak loading. (Mekasih lah bebanyak, jimat masa aku). Lagi satu yang specialnya blog ni ialah URL nya sangatlah unik dan senang diingat. Tambah-tambah aku memang suka makan taugeh.



Sejuk je hati tengok blog ni. Bunga pink yang menghiasi blog ni jadi salah satu tarikan untuk aku memilihnya. Blog yang berkongsi banyak pengetahuan islamik ni memang sesuai sangat dibaca masa bulan puasa ni. Selain tambah pahala, tambah jugak pengetahuan. Terima kasih Cikgu Fad kerana secara langsung mengajar kami.



Sekali lagi, URL yang sangat mudah dan senang nak disebut jadi pilihan aku. UBI BADOK memang sedap dimakan panas-panas. Setiap kali masuk blog orang, aku akan baca profil dia dulu. Profil H.J ni memang menarik. Mengomen pasal post-post nya pulak cuma dua sahaja, santai dan bersahaja.



Pink gitu... sweet dan girly. Putri menjadi pilihan sebab putri telah memilih blog ini. Hehehe... ingat senang ke orang nak pilih blog kita berserta komen yang jujur. Bangga dan terharu taw!!! Okehh... tu cuma satu sebab. Sebab lain putri menjadi blog pilihan ialah sebab post-post putri banyak yang menarik hati. Segala perkongsian tips-tips dan cerita-cerita di blog putri amat menarik. Tahniah putri sebab berjaya buat doodle. Nanti bolehlah ajar!



Haruslah pilih blog ni sebab backgroud blog kita sama.  Blog yang simple dan menarik. Bila baca-baca blog ni baru taw dia ni peminat Zack Zukhairi dan segmen Ben Ashaari. Lama dah kan ZackZukhairi tak update blog dia.



Blog yang sangat comel! Tambah sweet dan romantik dengan kehadiran header gambar anda berdua. Semua post seronok dibaca. Perkongsian cerita yang menarik. Dan yang paling bestnya blog ni ada tempat download movie. Oyeah!! Anda memang terbaik.



WOW! Besarnya kepala dia ni. Rambut warna blonde lagi tu. Okeh.. terus tertarik dan jadikan blog pilihan. Seronok baca blog ni sebab post nya pendek-pendek saja tapi menarik untuk dibaca. Semua tentang kehidupannya.



Ini blog Datok Kaled. Tapi percayalah dia tak kawen dengan siti nurhaliza. Blog ni menjadi pilihan sebab ianya simple sahaja dan setiap susunan menarik. Pasal post yang ada kat blog ni pulak, semuanya menarik kerana genre-nya pelbagai. Ada tips, ada cerita, ada pandangan, ada kenangan peribadi dan ada Lisa Surihani.



Blog Mama menjadi pilihan sebagai tanda penghargaan kerana Mama selalu singgah di blog ini. Mama ni memang rajin blogwalking. Dari segi hiasan blog, Mama memang simple je. So tak berat nak loading blog ni. Mengenai post-post pulak, macam-macam ada. Makanan pun ada!



Blog ni simple dan gaya penulisan menarik. Si penulis yang berasal dari Seremban ni pun cute orangnya. Setiap penulisan ZZ ni atas pandangan dia sendiri. Seronok bila membaca setiap post yang ada. Maka dia adalah pelengkap kepada 10 blog pilihan saya.



Selamat berkenalan pada semua blogger. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi menjenggah, menyinggah, melawat dan memilih blog ini. Penghargaan yang tak terhingga kepada anda semua.


8 comments:

  1. salam dan hai...weeewit..thanks ek...blog ni akan difollow..:)

    ReplyDelete
  2. thanks awakkk :)
    ouh sangat terharu !

    ReplyDelete
  3. hui2.. bckground kita same.. suka2!! hihihi.. yup2, i'm big fans of zackzukhairi :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih pilih saya..ehe..entry santai ke gitu??

    ReplyDelete
  5. mama dtg lawat sini thanks sbb pilih blog mama ye...:)

    http://maszull.blogspot.com/2011/08/blog-pilihan-saya-ialah.html

    ReplyDelete

Iklan Pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...